Back to Publications
Pendidikan 2024 Published

Karamah Insaniah dan Proses Kemenjadian Dalam Pendidikan Al-Hikmah: Satu Tinjauan Awal Manhaj Malizy

By: Encik Rashidin bin Idris Prof. Madya Dr. Hamdan bin Mohd Salleh Dr. Ng Ming Yip Rus Shafrena Shafie Siti Nur Azilah Saipul

Abstract

Artikel ini membincangkan konsep karamah insaniah dan proses kemenjadian dalam konteks pendidikan Al-Hikmah. Karamah insaniah, yang merujuk kepada kemuliaan dan penghormatan terhadap martabat manusia, merupakan asas penting dalam pendidikan Islam yang bertujuan membentuk individu yang seimbang dari segi rohani, intelek, dan emosi. Melalui pendekatan Al-Hikmah, pendidikan berusaha mengembangkan potensi insan secara holistik, menggabungkan ilmu pengetahuan, akhlak, dan spiritualiti. Sekaligus proses kemenjadian pelajar yang lengkap dari sudut spiritual dan jasmani dapat direalisasikan. Tinjauan awal ini meneliti bagaimana prinsip-prinsip karamah insaniah diaplikasikan dalam proses kemenjadian pelajar, menekankan peranan guru sebagai murabbi yang tidak hanya menyampaikan ilmu tetapi juga membimbing perkembangan sahsiah dan moral pelajar. Dalam masa yang sama, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan 7 Teras Utama Kurikulum Persekolahan 2027. Kajian ini juga menyoroti cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan pendidikan Al-Hikmah dan menawarkan beberapa cadangan untuk memperkukuhkan pelaksanaannya dalam sistem pendidikan semasa dengan mengambil kira impak serta keberkesanannya terhadap perkembangan ekonomi negara.

Keywords

#Pendidikan Al-Hikmah #Karamah Insaniah #Kurikulum Persekolahan #Kemenjadian

Document Preview

Open in new tab
Institutional Partners

Our Network