Felo Penyelidik Dalam
Dr. Mohamed Hadi bin Abd Hamid
Ketua Pengurusan Syariah, Etiqa Family & General Takaful & Felo Penyelidik Dalam, UNISEL
Biografi
Dr. Mohamed Hadi bin Abd Hamid merupakan seorang pakar perundangan dan tadbir urus Syariah yang kini berkhidmat sebagai Ketua Pengurusan Syariah di Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad, serta Felo Penyelidik Dalam di Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD), Universiti Selangor (UNISEL). Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws (AIKOL), UIAM. Selain itu, beliau juga merupakan Felo Elit di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM) serta Perancang Kewangan Islam Berdaftar (IFP).
Kelayakan Akademik
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Sarjana Undang-Undang Perbandingan (Master of Comparative Laws - MCL), UIAM
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) (Kepujian), UIAM
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) (Kepujian), UIAM
Jawatan Utama Disandang
- Ketua Pengurusan Syariah, Etiqa Family Takaful Berhad & Etiqa General Takaful Berhad
- Felo Penyelidik Dalam, IESAD, Universiti Selangor (UNISEL)
- Felo Elit, Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM)
- Mantan Pensyarah, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws (AIKOL), UIAM
- Perancang Kewangan Islam Berdaftar (Islamic Financial Planner - IFP)