Datuk Dr. Budiman Mohd Zohdi
Felo Penyelidik Luar

Datuk Dr. Budiman Mohd Zohdi

Pensyarah, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM & Pengetua, Sekolah Komunikasi Politik Malaysia (SKOP)

Biography

Datuk Dr. Budiman Mohd Zohdi merupakan seorang pakar komunikasi politik, penulis, dan penganalisis sosiopolitik yang mempunyai pengalaman luas dalam arena kepimpinan awam dan akademik. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar dan ADUN Sungai Panjang, serta Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia. Beliau memegang PhD dalam Sains Politik dari OUM serta pensijilan Master Trainer dalam Neuro-Linguistic Programming (NLP) dari NFNLP USA. Beliau kini menyampaikan kuliah di UPM dan UM, memimpin pelbagai pertubuhan pemikir seperti Nusasentrise Malaysia-Indonesia dan SKOP, serta menyumbang kepakaran komunikasi politik sebagai Felo Penyelidik Luar di Institut Kajian Pilihanraya & Pemajuan Demokrasi (IESAD), Universiti Selangor (UNISEL).

Academic Qualifications

  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Sains Politik, Open University Malaysia (OUM)
  • Master Trainer Neuro-Linguistic Programming (NLP), NFNLP USA
  • Ijazah Sarjana Sains (Komunikasi), Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Key Positions Held

  • Pensyarah, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM (2023–kini)
  • Pensyarah, Jabatan Media & Komunikasi, UM (2021–kini)
  • Felo Penyelidik Luar, IESAD, UNISEL
  • Pengetua, Sekolah Komunikasi Politik Malaysia (SKOP) (2016–kini)
  • Pengerusi, Nusasentrise Malaysia-Indonesia (2017–kini) & Yayasan Rukun Negara (2020–kini)
  • Penasihat, SLR Institute (2023–kini)
  • Mantan Setiausaha Politik kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia (2021–2022)
  • Mantan Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (2020–2021)
  • Mantan Penyelidik Tamu, Akbar Tandjung Institute, Jakarta (2018–2020)
  • Mantan Pengerusi, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) (2017–2018)
  • Mantan Ahli Parlimen Sungai Besar (2016–2018) & ADUN Sungai Panjang (2013–2018)

Key Achievements & Contributions

  • Merangka pelbagai modul latihan komunikasi, propaganda, dan kempen politik secara profesional
  • Menerbitkan pelbagai buku ilmiah dan popular, termasuk memenangi Anugerah Buku Negara 2016 (Kategori Usahawan)
  • Aktif sebagai penganalisis media, kolumnis akhbar tempatan, dan penyampai pemikiran sosiopolitik menerusi podcast serta pengancangan awam
  • Memegang pelbagai jawatan Lembaga Pengarah di agensi nasional termasuk Yayasan Pelajaran MARA, Amanah Raya Berhad, Kolej FELCRA, dan Maktab Koperasi Malaysia (2013–2018)
  • Pemenang Pendebat Terbaik Universiti ASEAN (1996) dan Pendebat Terbaik Universiti-Universiti Malaysia (1997)
Institutional Partners

Our Network