Felo Penyelidik Dalam
Dr. Mohamed Hadi bin Abd Hamid
Penasihat Undang-Undang, UNISEL
Biografi & Latar Belakang
Dr. Mohamed Hadi bin Abd Hamid merupakan seorang pakar perundangan dan tadbir urus undang-undang sivil dan syariah yang kini berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang, Universiti Selangor (UNISEL) serta Felo Penyelidik Dalam di Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD), UNISEL. Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Felo Elit di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM) (2022 - 2025). Beliau merupakan Penasihat Syariah Bertauliah (CSA) dan Perancang Kewangan Islam (IFP). Beliau turut dilantik sebagai Panel Penasihat Industri untuk program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Kelayakan Akademik
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Sarjana Undang-Undang Perbandingan (Master of Comparative Laws - MCL), UIAM
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) (Kepujian), UIAM
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) (Kepujian) (Kelas Pertama), UIAM
- Sijil Profesional dalam Kepimpinan Kontemporari, The Markfield Institute of Higher Education, Leicestershire, United Kingdom
Jawatan Utama Disandang
- Felo Elit, Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM) (2022 - 2025)
- Mantan Pensyarah, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM
- Penasihat Syariah Bertauliah (Certified Shariah Advisor - CSA)
- Perancang Kewangan Islam (Islamic Financial Planner - IFP)