Raja Shamir Izwan bin Raja Sharudin
Felo Penyelidik Dalam

Raja Shamir Izwan bin Raja Sharudin

Pensyarah, Jabatan Seni Visual (VAD), Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL)

Biography

Encik Raja Shamir Izwan bin Raja Sharuddin merupakan seorang pereka grafik, pendidik, dan pensyarah di Jabatan Seni Visual (VAD), Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL). Beliau mempunyai pengalaman dalam industri reka bentuk grafik serta pernah berkhidmat di barisan akademik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Management & Science University (MSU). Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Grafik (Sarjana Muda Kelas Pertama) dan kini menyempurnakan pengajian Ijazah Sarjana Komunikasi Visual di UiTM. Beliau kini menyumbang kepakaran reka bentuk, strategi idea, dan komunikasi visual sebagai Felo Penyelidik Dalam di Institut Kajian Pilihanraya & Pemajuan Demokrasi (IESAD), UNISEL.

Academic Qualifications

  • Ijazah Sarjana Komunikasi Visual, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
  • Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Grafik (Kepujian Kelas Pertama), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar
  • Diploma Rekabentuk Grafik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar

Key Positions Held

  • Pensyarah, Jabatan Seni Visual (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL)
  • Felo Penyelidik Dalam, IESAD, UNISEL
  • Mantan Pensyarah Rekabentuk Grafik, UiTM Cawangan Perak & Kelantan (2021)
  • Mantan Pensyarah Rekabentuk Grafik, MSU Cawangan Ipoh (2019–2021)
  • Mantan Penolong Pensyarah Grafik, UiTM Shah Alam (2019)
  • Mantan Pereka Kanan / Pereka Kreatif, Kimal Sign & Inspire Creativertising (2018–2019)

Key Achievements & Contributions

  • Menerajui pelbagai projek reka bentuk dan komunikasi korporat utama termasuk kempen/penerbitan MCMC, Tabung Haji, Spritzer Malaysia, dan Toyo Tires
  • Pengarah Projek bagi acara rasmi Jabatan Grafik UiTM (Redefine 8.0) dan Simposium Rasmi UiTM Perak
  • Penceramah dan fasilitator jemputan bagi pelbagai bengkel industri kreatif termasuk Webinar UI/UX bersama Pereka Kreatif Malindo Air dan Bengkel Fotografi MSU
  • Meraih pelbagai anugerah kepimpinan dan kesenian termasuk Johan Kategori Hip-Hop Karnival Kecergasan Kebangsaan dan Anugerah Pemimpin Kadet Remaja Sekolah peringkat kebangsaan
Institutional Partners

Our Network