Back to Publications
Politik & Pilihan Raya 2024 Published

Pembentukan Kerangka Politik Idealisme Berasaskan Nilai Dengan Menggunakan Pendekatan Manhaj Malizy Dalam Kalangan Ahli Politik Di Malaysia

By: Prof. Madya Dr. Hamdan bin Mohd Salleh Dr. Ng Ming Yip Rashidin bin Idris Rus Shafrena Sapee

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen yang saling berkait dan ciri penting yang menjadi asas kepada kejayaan membina negara bangsa Malaysia yang berjaya. Elemen yang dikenalpasti menjadi faktor penting dalam pembentukan Kerangka Politik Idealisme hasil daripada gabungan paduan antara ciri dan tingkah laku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab demi mewujudkan perpaduan dalam suasana yang harmonis, rakyat yang bermaruah, berwatak dan berotak, semangat untuk bangkit, berjuang menumpaskan tirani, menentang kebatilan, perkauman sempit dan faham rasis, dan mencipta mekamisme untuk melantik pemimpin yang adil yang menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan perbincangan kumpulan sasar dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Selangor untuk mendapatkan data dan maklum balas kepada elemen-elemen Politik Idealisme yang dikenalpasti. Perbincangan elemen kajian tertumpu kepada persoalan seperti Malaysia yang diidamkan oleh anak muda, pemimpin yang diharapkan, ciri-ciri pemimpin politik yang diidamkan, pandangan anak muda terhadap politik perkauman dan politik berteraskan kaum serta peranan mahasiswa budiman dalam menyumbang kepada politik tanah air. Kerangka Politik Idealisme adalah selari dengan konsep Manhaj Maliziy (Pendekatan Malaysia) iaitu konsep berdasarkan pemikiran Siddiq Fadzil yang membawa pendekatan secara sederhana dalam memastikan kestabilan negara dalam menuju negara maju secara menyeluruh samada dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek rakyat Malaysia.

Keywords

#Politik idealisme #nilai #manhaj malizy #ahli politik

Document Preview

Open in new tab
Institutional Partners

Our Network